Thursday 27 December 2012

words :')

assalamualaikum..

Now ain nak share ayat-2 nie pulak . Baca la eh . Enjoy ! :'/



:) saya diam bukan bermakna saya berhenti menyintai awak, tapi saya rasa mendoakan awak adalah cara terbaik untuk saya menyintai awak "♥" 

:) "Mulut boleh menipu" kadang-kadang hati menangis tapi mulut kita masih tersenyum , kadang-kadang hati terluka mulut masih ketawa kan "♥"

:) Kalau dia ambil berat pasal awak, dia sayang awak. Kalau dia rindu awak, dia ingat awak, kalau dia cinta awak, dia takut kehilangan awak :')

:) Jangan panggil SAYANG kalau hati itu tak SAYANG. Jangan berJANJI kalau tak pandai tepati JANJI. Jangan BERCINTA kalau tak pandai SETIA ♥

:) Terasa mcm org bodoh bila kita selalu rindukan dia dan slalu menangis pasal dia tapi dia sikit pun tak pernah kesah pasal perasaan kita :')

:) Kalau dia memang jodoh kita, sejauh mana pun dia pergi, dengan siapa pun dia bersama, dia tetap akan datang dan menjadi milik kita "♥"

:) Perempuan mencintai seseorang lelaki dari hati, bukan dari bibir. Sebab tu bibir mereka sentiasa tersenyum walaupun hati sentiasa menangis.

:) sayang, saya tak kisah saya ini orang pertama atau kedua dalam hati awak. Saya cuma berharap saya yang terakhir berada dalam hati awak.

:) Saya pernah setia, tapi dipermainkan. Saya pernah percaya, tapi dikhianati. Saya pernah memiliki, tapi akhirnya kehilangannya "♥"

:) Bila saya dah meninggal nanti, jangan hampiri jenazah saya. kerana saya dah takde tenaga untuk gerak tangan saya untuk lap air mata awak :')

:) Awak tak call ? Saya faham. Awak tak text ? Saya faham. Tapi bila saya nampak awak dgn orang lain. Please faham yang saya CEMBURU sangat2 ♥ 

:) Setiap kali saya berkata, "Jaga diri" bisikan hati saya berkata "Saya sayang awak" ♥ 


I miss you

Assalamualaikum. :)

Selamat malam? Walaupun xmalam sgt kan. 
Sunyi jea malam nie. Gaduh dgn dia., xpercaya pulak dah break dgn dia. Ape boleh buat >.< hurm :(

                                                         


i never hate you for not loving me anymore.. BUT i hate myself for still loving you
 :(


Mama dah tawu . Ape nak cakap kat mama? Xkan nak cakap dah break? Diamkan je dlu lah :( Kawan aku ckp buat ape nak kat dia lagi. Dia pon xnak aku dah kan . Orang ckp xpyh merayu pd yg x sudi . betul eh? ermm 

                                                  

Akak angkat aku cakap " pergaduhan neh merupakan asam garam dalam percintaan . dengan pergaduhan neh la pasangan tu akan muhasabah diri masing-2 , akan saling merindu , saling tahu menahu salah masing and bla-2 . pergaduhan tu juga la yang akan jadi kenangan dikala bulan mengambang , dikala malam ditemani cahaya bulan . " err. boleh dia buat lawak kan mase kite tgh sedih. huhukk :(

                                            

AKu pun ade baca kat blog mane ntah .. dy ckp gini " Pujangga Hamka ada mengatakan 'Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat' mungkin boleh menjadi pedoman bagi pasangan yang bercinta. "

Membangkitkan semangat mcm mane , dia dh tinggalkan kite. dh hilang semangat dah. Ade lagu kan yg Anang nynyi tuu. SEPARUH JIWAKU PERGI . ade kan? ke aku mereka? ape-ape jelah >.< huhuu :(

i miss you Irfan :(

Sometimes i wanna cry but when i remember all the good moments that i had by your side , i feel better .  this remind me that you have changed my life a lot ! :( I MISS YOU MORE THAN WORDS CAN SAY , IRFAN :(


                                                            

Awak akan sentiasa ada dalam hati saya. Thanks pernah muncul dalam hidup saya walaupun seketika . 

Thanks for loving me. :) You've changed my life a lot ! :)

Take care awak :')
 
Assalamualaikum . 

Aku dan Aksesori =)

Assalamualaikum. :)

Ari ni nak cite sal aksesori pompuan pulak. hehe. Dah boring mcm nie la. Semua benda nak cite habes . :D Aku memang suka sangat-2 pakai aksesori pompuan nie. hehe. Sesetengah pompuan x suka kan. tapi aku suka. hehe. Aku memang pantang nampak gelang tangan , cincin  , rantai. hehe . Sebab aku memang suka pkai. Xkisah la yg branded ke x ke. hehe. semua aku pakai . 

cantikkan cincin nie? Kalau aku dapat best lah :)

Comel je kan? my favourite lah cincin-2 bagai nie :D cincin aku mcm nie la hilang haritu. sedih gilaa 
Gelang tangan nie mase aku form 1 dulu. sekarang dah hilang mana xtaw. 

yg nie pOn cantik kan cOrak dia? hehe xD

i love you . Cantikkan rantai nie :D dulu ala la. sekarang hilang mana xtaw
:(

btw , nak gitau nie. aku memang suka yg warna silver. hehe. cincin aku kebanyakan silver. mak aku beli. hehe :D adik aku pun sama dgn aku. suka pkai benda mcm nie :) sepupu aku yg lain sume xleh pkai. alergik dorg kata. haha :D

乂⍲‿⍲乂 okeylah. stop sini la eh? nanti panjang berjela pulak post nie. hehe . 乂⍲‿⍲乂

Assalamualaikum . :) Bye 

Cinta Kerana Allah atau Nafsu?


Assalamualaikum. 

Post kali nie aku cite tentang Cinta Kerana Allah ataupun Nafsu :)

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta.

Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. 



Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. :)
Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami 
Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan. 
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik.
Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa. Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya.
Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. :)
Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau. Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.
Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.
Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.
Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.
Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.
Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah.
Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.
Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? :)
Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari isteri-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya.
Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf.
Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.
Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya.
Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.
Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.
Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. 
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya.
Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.” 
Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. 
Ada orang mangatakan: “Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.” :)
Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan. :)


YA ALLAH , jika aku jatuh cinta , cintakan aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padamu , agar brtmbah kekuatanku utk mencintaimu :') Amin =)

Rahsia Hati seorang Perempuan =)

Assalamualaikum. /hihi

Harini hari yg membosan kan. so dah xde keje ni paham-2 je lah kan. keje nak mengupdate blog ajee. hehe :)] Aku nak share sikit pasal Rahsia Hati Seorang Perempuan. Ape yg aku nak share nie sedikit sebanyak ade gak yg sama dgn aku. Setakat nie xde sorg pon yg taw rahsia hat aku. Sebab sebelum ni aku ni suka pendam masalah. :) Aku x suka share dgn orang. So dorg ingat aku nie always happy la. hehe . Fan pon xtaw sal aku semua. sebab aku suka sgt berahsia dgn dia. Masalah pape aku x cite at dia. Simpan sorang-2 jea. hehe . xD



ッ Sensitif (✿◠‿◠)
- Perempuan nie sensitif. sensitif nie bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya nak 
  dapatkan perhatian dan ingin bermanja . Kebanyakan perempuan berperangai macam ni 
  kan? Ain pun sama . hehe :D

Cerewet (✿◠‿◠)
- Cerewet nie bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang-2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali jea :) 

Perasaan Halus (✿◠‿◠)
- Perasaan perempuan nie ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seseorang perempuan memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran ., Bukan DENDAM … /sweat

Ikhlas (✿◠‿◠)
-ikhlas seorang perempuan  tak perlu diragui … :)

ッ Tabah (✿◠‿◠)
- Perempuan sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami … Perempuan amat tabah .. :)

 Prihatin (✿◠‿◠)
- Perempuan nie sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam … Sesetengah pulak  xtunjuk prihatin melalui perbuatan tetapi melalui percakapan :)

Manja (✿◠‿◠)
- Sikap nie memang aku ada. haha. Tapi dgn family aku tegas . hmm /hmm
Kawan-kawan taw la aku manja . Family langsung xtaw. Sebab parents aku harap semua benda kat aku. Dorg xmau aku ni manja sgt. Diorang harap aku boleh berdikari sendiri . So xlah aku mengedik nak manja-2 . My parents aja aku berdikari since aku darjah 4. semua benda kena buat sendiri . So kawan-2 aku ramai yg cakap aku matang awal /blush. 
:) walaupun seseorang perempuan tue  pandai berdikari., naluri seorang perempuan tetap seorang perempuan ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum .. /please

 EGO (✿◠‿◠)
-Perempuan  yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya .. Aku dgn FAN lain. dua-dua ego. Selalu gaduh. Tapi last-2 berbaik jugak :)

CINTA (✿◠‿◠)
CINTA pertama bagi perempuan adalah yang paling dalam dan tulus… bukan utk di khianati.. Tapi aku dah lupa pun kat first love aku. haha. masa tu kecik lagi. Baru form 2 kot. Cinta budak skolah. Cinta monyet. hehe :D 


Smpai sini ja yg ain share. sebenarnya ada byk lagi. nanti ain update lagi yea? ;D hehe 
Assalamualaikum. bye /bye

Tuesday 25 December 2012

Merajuk :)

Saya cuma nak awak pujuk FAN :)

Assalamualaikum..

Hai korang ! /hihi Malam nie aku nak cite pasal merajuk pulak. Sebab aku pun tgh merajuk dgn FAN . haha .. korang baca la eh ape yg aku merepek nie. hehe :D 

Before that nie KLU :)
DIA-Perempuan
Korang - Lelaki

Merajuk?.. /floor biasa le tu, normal la bila perempuan merajuk dengan lelaki. Bila merajuk, abis muncung mulut dia panjang je, mata dia mula la jeling sana sini dan mula tak ada mood la.heehe Ada la sebab dia merajuk tu, korang tak ingat tarikh penting dia ke, tak belikan dia hadiah pape ke, cemburu ke, saje main-main nak uji ke atau merajuk sebab lelaki dia layan bola lebih dari dia ke=P Merajuk bahaya ke? tak pasal-pasal putus lak hubungan, adoi. takpe… Lelaki pun merajuk gak kadang-kadang.huhuBagaimana nak pujuk si dia supaya tidak merajuk lagi dan kembalikan mood si dia gembira semula, anda tahu? :)

SENYUM :)
Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen dengan tak pasal-pasal senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga tau. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang, dah gila agaknya..

BUAT LAWAK /wahaha
Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti kasut high heels si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar cam lawak Saiful Apek. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak antarabangsa korang. Tak gelak gak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’^^. :))

BELI HADIAH
Beli la benda ikut kemampuan korang, si dia suka ape? minat apa? ada apa-apa yang si dia idamkan?.cuba belikan si dia hadiah dan buat kejutan kat dia. Mesti cair si dia, merajuk hilang. Err masih merajuk?. Cuba belikan kereta BMW 7 Series kat si dia, tak suka gak tak tahu la 

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Hmm part ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je ngan korang, korang bagi sms/mms/voice sms kat si dia. Hantar la menunjukkan korang mintak maaf dan kalau boleh selitkan beberapa lawak antarabangsa ke. Senang je kan, tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun =P Guna surat je.~

MERAJUK BALIK /XD
Hmm paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk kat korang?.haha. Daripada korang kene pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang.hahaha. “U ni selalu je merajuk, benci la. I merajuk la dengan u” Err sama-sama merajuk, siapa nak pujuk?

yg nie ain selalu buat. hehe xD

Pmpuan sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi, mreka mudah bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya dan senang sakit + kecil + makan hati. Jadi lelaki patut tahu dan jaga mereka bagi tidak merajuk. Prmpuan pula patut bertimbang rasa dengan pasangan nya. Sama-sama kita betulkan mana yang silap^^ 


 jangan merajuk kuat2 sgt  ye. kesian kat bf/gf awak. hehe :D
Cik Fan sayang , sorry selalu merajuk /blush
saya merajuk sebab sy syg awak :)

i want you today , tomorrow and the rest of my life FAN :)


#ok gotta go ! bye . Assalamualaikum /bye

Cara nak tau lelaki curang ! :)

Assalamualaikum. 

Sekarang aku nak share benda nie pulak. /hihi . Baca lah yea :D 

Tanda-tanda lelaki curang /omg 

/hmm Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

/hmm Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

/hmm Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

/hmm Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

/hmm Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

/hmm Resah
Orang yang menipu  kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Bila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.


Setakat nie jea aku taw. hehe . ok lahh . berakhirlah post niee. byebye /bye

Ciri-ciri wanita solehah =)

Assalamualaikum. :)

Hari nie nak kongsi pulak pasal ciri-ciri wanita solehah. Selalu baca je kat internet. Hari nie terpikir pulak nak share kat sini .

CIRI-CIRI wanita solehah  /hihi

1. TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS
Muslimah solehah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. TIDAK MEMAKAI RANTAI BERLOCENG

Muslimah solehah memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. TIDAK MEMAKAI WANGIAN SEMERBAK


Muslimah solehah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Muslimah yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4. TIDAK BIADAB DALAM BERKATA

Muslimah solehah memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. TIDAK BERKATA SIA-SIA
Muslimah solehah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? 

6. TIDAK MEMAKAI TUDUNG TIGA SEGI
Muslimah solehah memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. TIDAK MENGADA-NGADA


Muslimah solehah memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini. Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang oleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. TIDAK MENGHIAS DIRI BERLEBIHAN
Muslimah solehah memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. TIDAK MEMAKAI TUDUNG JARANG
Muslimah solehah tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jalah yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.


KEMULIAAN SEORANG WANITA BUKAN PADA RUPA TAPI SIFAT DAN KELEMBUTANNYA....
.


setakat nie je aku boleh kongsi . gotta go ! bye. Assalamualaikum /bye

Monday 24 December 2012

Tanda-tanda Perempuan Meminati Lelaki ;)


1. Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.
2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…” sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan “bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan “saya belanja”.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’!
10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia seringbercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.