Sunday, 23 December 2012

Hantu Novel xD

Assalamualaikum.

 Sekarang nie aku nak update pasal novel pulak. Kalau nak taw aku nie hantu novel. hobby aku ni start mase aku form 1. Mase tu ade ceramah maulidur rasul kot xsilap. Malam laa. ceramah untuk budak-budak asrama :) So ade sorang kawan aku ni nama dia Aishah Sopi . Dia bawak novel. kononnya nak elakkan mengantuk laa. hehe. Aku try pinjam jap nak baca. Start tu laa jd gian nak baca novel. hehe . Minggu balik bermalam tu terus ajak abah pegi kedai buku. beli novel tu . Adam dan Hawa tajuk die ;D nak taw yg mana. tgok yg bawah nie 

Nie laa novel Adam dan Hawa yg aku cakap tuh ;D Best gilee . Sekarang novel nie dah buat drama bersiri kan kat Astro :) Memang sweet cite nie ^^ Try ah baca. Aku sampai sekarang xjemu2 nak baca novel nie xD Nie sinopsis novel nie . hehe ;D


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

シ Lepas novel Adam dan Hawa tu , aku baca Novel Selagi Ada Dia. yg nie pon best jugak. setakat nie novel yg Aisya Sofea tulis memang best2 . hehe. 


Nie la novel tu. best kot. Nak sinopsis dia? Nah amek xD

PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu… hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?
★ nak taw cite dia cane? kena laa beli xD

 next novel yg aku baca tajuk dia KAU UNTUKKU =) Kat bawah tu ade sinopsis dia. 
     Best   ;D hehehe



Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.
Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.
Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

シ novel seterusnya novel JAUH ;D memang terbaekk laa novel niee ;) hehehe . 


 nie sinopsis novel nie. Baca sinopsis pon dah taw best ke x ;D hehe

Ika bertemu dengan Fikri ketika sedang membawa diri jauh di negara orang. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah. 

"Aku mahu saja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja..."

Bagai telah dijangka, hubungan singkat itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu. 

"Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada." 

Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Hubungan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan. 

Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata-mata kerana cinta ini? Antara keluarga dan cinta... kenyataan ini sesungguhnya terlalu perit, terlalu pahit. Namun, dia terpaksa menghadapinya! Terpaksa...!

Nie koleksi novel-novel Aisya Sofea :) Dalam 10 novel dia , 3 buah lagi je aku xbaca. :) 
  • Adam Dan Hawa ✓
  • Selagi Ada Dia ✓
  • Kau Untukku ✓
  • Sehangat Asmara ✓
  • Jauh ✓
  • Gelora Jiwa ✓
  • Buatmu Kekasih ✓
  • Uda Dan Dara ☓
  • Dan Sebenarnya ☓ 
  • Jendela Hati ☓


#banyakla plak aku membebel kat post nie. hehe. Gotta go ! Assalamualaikum シ


No comments:

Post a Comment