Tuesday, 22 January 2013

❤ Larangan Semasa Bercinta ❤


Hai ..❤ 
Dh lama kan aku tak update blog nie? 2 hari 3 hari ntah? Hihi :P Hari nie aku nak share pasal LARANGAN SEMASA BERCINTA :P
Mesti ade yg kata , aku nie jiwang la ape la kan? Haha .. kata laa. ADK? - Ade aku kesah? :P *huahuahua gelakjahat*



 JANGAN BERCINTA KERANA HARTA
Sorry to say lah kan . Tak de gunanya hidup dilimpahi dengan harta , tapi tanpa cinta . Harta datang dan pergi setiap saat . "Cinta" yang sesat dapat diperoleh setiap saat , tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta . So , renung-renungkan lah ye ?

 JANGAN BERCINTA KERANA SIMPATI
Rasa tertarik dan simpati terhadap seseorang seringkali disalahertikan sebagai CINTA . Perasaan itu bukan cinta ! Ia boleh berubah dengan beberapa faktor seperti rupa paras , harta , tempat dan keadaan .  Perasaan itu buta , tidak tahan lama , dan tidak tahan diuji . Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan membuat mata . 

 JANGAN BERCINTA KERANA RUPA SAHAJA
Kecantikan fizikal memang indah dan mudah saangat menggoda sesiapa sahaja , tetapi  ianya bolh luntur kerana usia  . Oleh itu , apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman seseorang kerana ianya tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan :)

 JANGAN BERCINTA UNTUK KEPUASAN NAFSU
Seks penting dalam perhubungan suami isteri , namun ianya tidaklah boleh dijadikan sebajai tujuan utama mencari pasangan . Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan . Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri :)

 JANGAN BERCINTA KERANA PAKSAAN KELUARGA
Sebelum itu , Ain nak minta maaf if Ain tersalah kata yer . Seorang anak harus berbakti kepada keluarga , namun , tidak boleh menyerah dalam hal percintaan , sekiranya korang pasti yang mereka salah dan korang benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka bahawa korang tak setuju dengan apa yang telah ditetapkan untuk korang . 

 JANGAN BERCINTA UNTUK MEMBALAS JASA :)
Eh , dah macam cerita Soffiya pulak ! Korang tengok dakk ? Rugi ! haha ~ Ok . Ok . Orang yang telah berbuat baik kena dibalas baik , jangan balas dengan CINTA .Ingat !! Jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan . Daripada mengundang derita , lebih baik mengelakkannya . Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk membalas budi dan jangan memaksa diri untuk menerima seseorang yang bukan pilihan kita :)

okeylah . tu je aku nak share :D thanks ! :D Assalamualaikum 

Credit to : Kak Lyssa


No comments:

Post a Comment